CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Assalamualaikum..hi kengkawan..gurlz n boyz..
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog miss.. 'miss fayumi' di reka untuk miss kongsikan segala macam story yang boleh di kongsi bersama. Saje je...suke-suke.. Sharing is Caring kan..^^,

Sunday 28 October 2012

Ayam Blackpepper

Menu lunch untuk hari ni, miss masak ayam blackpepper.. Bahan-bahan nak buat ni pun mudah je. Nak masak pun tak rumit mana.. Cepat plak tu..

Tung tang tung tang…dah pun siap..hehe..
Yummi…


ni la dia...nampak sedap kan...:)

Cuma perlukan:
isi ayam
lada hitam (di kisar)
lada besar,bawang merah & bawang putih yg dihiris
sos tiram
sedikit air, garam & perasa

-tumis bawang putih dan masukkan lada hitam
-masukkan isi ayam, tgu sampai separuh masak kemudian tuang sedikit air dan sos tiram
-masukkan bawang besar,lada besar,garam dan perasa
-sedia untuk di hidang

**tabur sedikit daun sup sebagai hiasan
p/s: untuk masakan daging,tmbahkan juga sos lada hitam



█║▌│█│║▌║││█║▌│║▌║
✔ ORIGINAL PROFILE ®

ℒℴvℯ ,
( MISS FAYUMI ) ✿

Thursday 25 October 2012

1st time tengok cerita korea

eHem..
Miss sebenarnya tak de lah minat pun ngan cite korea ni.. k.pop bagai ni.. cite-cite yang femes macam Full House tu pun miss tak penah nengok tau..ha.. jangan ingat sume gurlz gile ngan cite korea okeh..hehe..

First time miss nengok cite korea ni tajuknye The Babyfaced Beauty. Tapi tu pun nengok dah separuh cite dah..walaupun hero n heroin dalam cite ni tak hensem n comey, tapi best! Macam bebudak je masing-masing..yela,tajuk pun babyfaced kan..:)

Abis je cite ni,ganti lak ngan cite ‘Yuhe,The Witch’..miss nengok kat tv je..bukan beli cd pun,kan kononnya tak minat cite-cite korea ni kan..ha..jadi setiap hari mesti booking tv punye untuk si yuhee ni..biasalah bila nengok cite yang kita suke ni,mula la emosi pun ikut sekali kan..;p miss paling geram,menyampah,tak suke n macam geli je nengok senior yuhee ni..ex-bf la..sesuai sangat la dia pegang watak tu dengan muka tak mandi dia tu….hehehe..tapi maybe dalam cite lain die jadi hero yang macho kot…tak tau,tak tau!

Yang ni pelakon2 utama..

yuhee,the witch

Yoo Hee - heroin (si perempuan sihir)
Moo Ryong – hero (penghutang)
Seung Mi – gf moo ryong
Johnny – secret admired yoo hee
Joon Ha – ex-bf yoo hee (senior)

**nama2 pelakon miss tak ingat la..susah nak nyebut..



█║▌│█│║▌║││█║▌│║▌║
✔ ORIGINAL PROFILE ®

ℒℴvℯ ,
( MISS FAYUMI ) ✿

Tuesday 23 October 2012

The Flying Dutchman



penah nengok tak babak ni...



versi kartun..
Ha..penah tak nengok cite kartun spongebob squarepants? Mesti penah kan… elele..tak kan lah tak penah..nampak beno nipunya..hehehe..

Bukan nak cite pasal spongebob ni. Tapi nak cite pasal hantu lanun dalam cite tu..’The Flying Dutchman’. Mulanya miss ingatkan ni salah satu watak dalam cite spongebob ni je. Rupa-rupanya ni salah satu fakta dan cite ni femes gak tau. Aishhhh..kena banyakkan membaca lagi ni.. :P

Okeh, ni antara yang terdapat dalam artikal yang miss bace tu:

the flying dutchman
                “ The Flying Dutchman – di miliki oleh seorang kapten yg bernama Kapten Falkenburg. Kapten ini telah menggadaikan rohnya kepada syaitan dan telah di sumpah bersama-sama anak kapalnya menjadi jasad hidup dan belayar di tujuh lautan buat selamanya. Lautan itu ialah Laut Caribbean, Laut Jepun, Teluk Mexico, Laut Mediterranean, Laut Bering (di lautan pasifik), Laut China Selatan dan Laut Hitam.
                Mengikut catatan seorang nakhoda kapal, The Flying Dutchman sering dilihat di perairan Cape of Good Hope, Afrika. Malahan,untuk mengukuhkan lagi hujah bahawa kapal ini bukanlah hanya legenda dan rekaan, banyak saksi yang mengaku telah melihat kapal berhantu ini.

gambar kepala kapal
                Pada tahun 1939,kapal ni dilihat di Muizenberg, Afrika Selatan. Pada tahun 1941 sekelompok orang di pantai Glencairn menyaksikan kapal belayar yang tiba-tiba hilang seolah-olah melanggar batu karang. Pada tahun 1942, kemunculannya dilihat oleh anak-anak kapal tentera laut, M.H.S Jubilee berhampiran dengan Cape Town, Afrika Selatan.
                Kisah dan misteri mengenai kapal hantu The Flying Dutchman ini merupakan satu dari kisah yang sangat terkenal di seluruh dunia. Sebenarnya kapal berhantu ini bukanlah sebuah cerita dongeng kerana dari segi faktanya kewujudan kapal ini adalah benar dan di sahkan kelasi kapal yang pernah merentasi tujuh lautan tersebut!”

p/s: Ahaaa…berhati-hati ye para kelasi sume… ~



█║▌│█│║▌║││█║▌│║▌║
✔ ORIGINAL PROFILE ®

ℒℴvℯ ,
( MISS FAYUMI ) ✿

Monday 22 October 2012

Dari Selatan ke Utara

Jauhnya miss akan merantau lepas ni. Miss ni orang Johor, anak jati Johor la kononnya. Dulu adalah jap merantau kat Shah Alam. Kejap-kejap pun mau 5 tahun gak kat sana.. Yang pasti miss tak tau dan tak penah pun terfikir akan ke utara...menetap di utara...dan bercakap loghat utara...
Hehehe..

InsyaAllah, akan datang miss akan jadi orang utara gak.. Jadi... kenalah bersiap sedia, practice make perfect :)

# Ni sume sebab miss dah terbekenan ngan orang Perak..Laa ni dia dapat pulak kerja kat Kedah..rezeki..^^,

Jom study!

dahaga air = lapaq ayaq
basikal = beskat/gheghek(gerek)
cuai/clumsy = cemerkap (cemeghekap)
tidoq tak jeghap = tidor tak puas
yang = hat
tension = sakit pala
kicap=toyu
pondan=darai
air kumbah= ayaq acaq
pukul=tibai/balun
lagu ni = 'macam ni'
eksyen/megah = ciwi
kelam kabut = kalut
conteng = coghiang
sawah = bendang
jalan tat = jalan tar
kekwat = kerek = sombong...berlagak
Gemuk = Topui
pasaipa=gena
manja=merap
ceruk=lachuk
bosan=cemuih
menyebai = merajuk
nalanya jauh = jauh sangat...
tertomoih = jatuh tersembam
tat sat = sebentar tadi
dan = sempat
tak dan dan = tak sempat sempat
nyok = nyiur = kelapa
hawin = lempaq/lempar
tauk = buang
sigung = menyiku
handuh = ghimbuk = pukul (dgn benda mcm kayu)
ketumbil = ketumbit
tukul=merton
rojak (bahasa selatan)=pasembur
rojak buah (selatan)=rojak
pencuri = kawaq
hawin = punggai = lempaq = baling (benda)
melengung = termenung
air paip=epek (cemana ntah sebutnya)
beghetuh = maksudnya berlaga atau berlanggaq
seneghih = calaq
menyoronot = sembunyi
ngenjot = menari
kebuloq = tak lapaq mentekadarah...
lecah = lopak
selut/keleboq = lumpoq / lumpur
segheyat = berenti (hujan)
cedoq ayaq = ceboq ayaq = cebok air
kelippoq2 (mata) = pejam celik-pejam celik
simboq = tempias (hujan)
sua = hulur
menyorok = sarapan

p/s: sumber dari mr.gugel...;p

█║▌│█│║▌║││█║▌│║▌║
✔ ORIGINAL PROFILE ®

ℒℴvℯ ,
( MISS FAYUMI ) ✿