CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Assalamualaikum..hi kengkawan..gurlz n boyz..
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog miss.. 'miss fayumi' di reka untuk miss kongsikan segala macam story yang boleh di kongsi bersama. Saje je...suke-suke.. Sharing is Caring kan..^^,

Monday 19 November 2012

Teh Tarik vs Teh O

Mamak! Teh tarik satu……!

Siapp….!

Hamboooiiii…tu die..skali order habis tak ingat la…hehe..sedap la katakan..tapi yang sedap ni la yang biasenye bawak penyakit kan..haa…hokey la..kasi tukar la…

Mamak! Teh tarik kurang manis satu…!

Hehehe…kurang manis,kurang la sikit punca penyakitnye…ye ke? kena la nengok plak dari segi khasiatnye..nak tau ke..?

pakej yg sgt2 sempurna utk teh tarik...:)
“Teh  tarik, atau biasa disebut  teh susu oleh kebanyakan orang sememangnya enak sekali. Rasanya lemak-lemak manis, pasti membuatkan anda puas menikmati minuman ini. Kebetulannya, teh sering dikaitkan sebagai sahabat yang baik bagi mereka yang sedang menjalani proses penurunan berat badan. Sayangnya, khasiat daripada teh ini ‘tercemar’ dengan kehadiran susu.
Kajian mendapati bahawa teh mengandungi sebatian tinggi yang membantu mengurangi jumlah lemak yang diserap oleh usus,ditambah lagi ia mampu mengurangkan kolestrol. Namun, protein yang terdapat di dalam susu akan meneutralkan kemampuan sebatian tersebut sehingga ia tidak mampu menjalankan fungsi sebenarnya lagi.
Kajian terbaru menunjukkan bahawa sebatian yang dikenali theaflavin dan thearubigins boleh membantu mencegah obesity apabila diberikan kepada tikus makmal. Dr.Devajit Borthakur, pakar Persatuan Kajian Teh, India, berkata, teh yang ditambah susu menyebabkan kedua-dua zat sebatian theaflavin dan thearubigins berinteraksi dengan protein yang terdapat pada susu, menyebabka is mengendap.
Ini bermakna anda tidak akan mendapat sebarang manfaat kesihatan dengan meminum teh susu, berbanding minum teh kosong.”

>> Teh O vs Teh Tarik…yg mane satu pilihan korang…;p



█║▌│█│║▌║││█║▌│║▌║
✔ ORIGINAL PROFILE ®

ℒℴvℯ ,
( MISS FAYUMI ) ✿

Monday 12 November 2012

Free?? i loike..:)

Barang free, barang free.. yea..yea.. Miss suka barang free! Hehehe..

Mesti ramai yang suka barang free kan? Yela,dah name pun free sapa yang x suka kan.. Tipu la kalau ada yang cakap x suka tu.. Ahaa..aha..heppp..tak baik tipu..nanti dosa…ha..

Miss paling suka kalau beli barang tu dapat free ‘bekas’.. ye bekas! Bekas la..apa² je pun janji bekas. Macam botol ke, bekas tin ke, pouch ke, ha camtu la.. kalau macam mug or pinggan tu x la teruja sangat. Tapi tetap nak gak..hihi..

Miss nak story sikit satu insiden yang memang disebabkan buy 1 free 1, beli barang ni dapat barang tu, beli ubat gigi dapat pinggan..haha..

terpengaruh..

Hmm..miss ni dah biasa pakai colgate, n tak penah pun pakai darlie. Satu hari ni ubat gigi kat umah dah abis, so memang plan pas keje nak pi beli la kan.. Abis je keje, memang miss pi kedai. Sampai² je terus sambar colgate. Alih-alih mase nak pi kaunter tu, ternampak la darlie dgn gram yang sama, dgn harga yg sama, tp dapat FREE pinggan…Omg! 

Alamak…macam mana ni? Nak pilih yang mana ni? Dah pening dah miss sekejap kat situ..Hehe..(teruk kan). Sepatutnya miss amik jela kan colgate tu. Dah memang miss guna yang tu. Tapi disebabkan beli darlie tu boleh dapat pinggan, terus jadi 50-50 la plak.. memang mudah terpengaruh la miss ni..huh!

Adalah dalam 15mnt miss mikir nak beli yang mana. Dan akhirnye…jeng,jeng,jeng…miss buat keputusan untuk ‘membeli’ pinggan tu..;p

Kadang tu bila miss nak beli something misalnya coklat (kebiasaannya mmg coklat pun), miss akan berdiri lama kat rak tu semata-mata memerhati bekas² coklat kat situ…hahaha..shanteq² wooo…

leh dijadikan collection :)

Yang dalam pic ni,sume orang yang bagi..ada jugak yang miss mintak..;p Perasan x, barang yang ada free ni akan jadi mahal sikit dari harga biasa. Tapi takpe lah, dah suka nak buat macam mana kan..

# dah set kat mind..Nak jugak! Nak jugak!
 
Masalahnya kalau tak beli kang, balik umah nanti udah teringat-ingat la plak..~ (^_~)



█║▌│█│║▌║││█║▌│║▌║
✔ ORIGINAL PROFILE ®

ℒℴvℯ ,
( MISS FAYUMI ) ✿

Tuesday 6 November 2012

Nak Diet?

Diet.. Diet.. Diet.. Sume orang pun nak diet. Miss pun nak diet. Mengamalkan diet ni sebenarnye bagus untuk kesihatan tubuh badan kita & jugak untuk dapatkan bentuk badan yang ideal.. Sebab tu la amalan diet ni bukan khusus untuk orang yang berbadan besar je..


Bercakap pasal diet,orang akan ingat pasal makan!.(selain dari senaman laa…) haa…betol kan. Contol makan/ pilih jenis makanan/ makan apa yang perlu/ waktu untuk makan. Sume-sume tu kite boleh buat. Tapi,untuk kekalkan boleh ke? Boleh ke kite buat secara konsisten?

Miss memang susah nak buat secara konsisten. Jadi miss selalu cari tip untuk terus lakukan. Tak nak lah buat separuh jalan kan. Nanti nak mulakan balik dah rasa malas la pulak…hehehehe…;p

Bace punye bace punye bace….dapat la beberapa tip..wow!! hihi..tapi leh ke follow..ha,ce amik mase sikit tuk bace ni..

Tip Mudah Jayakan Program Diet

Jika anda antara yang baru memulakan program diet, berikut disertakan beberapa tip untuk anda memastikan anda tetap konsisten menjalani program diet.

~ Tuliskan sebab mengapa anda ingin menurunkan berat badan. Fikirkan setiap keuntungan yang bakal anda perolehi dengan menurunkan berat badan. Bukan hanya membantu memotivasikan anda untuk memulakannya, tetapi ia juga membantu anda untuk terus bertahan.
~ Buat target yang tidak terlalu sukar dan terukur. Contohnya, dalam seminggu perlu bersenam 3 kali.
~ Fikirkan juga kemungkinan terdapat halangan yang di hadapi beserta cara untuk mengatasi. Contohnya, anda mungkin perlu menghadiri sebuah majlis yang diikuti acara makan-makan. Dengan bersiap sedia seperti ini, anda akan lebih mudah menghadapinya.
~ Beritahu kepada orang yang terdekat yang boleh menyokong anda. Biar mereka tahu anda sedang dalam usaha menurunkan berat badan dan jangan malu-malu untuk minta mereka menasihatkan anda.
~ Bersihkan daput terutama stok-stok makanan yang sering membuat anda tergoda untuk makan dengan lebih banyak. Gantikanlah dengan kudap-kudapan yang menyihatkan, serta simpan lebih banyak stok buah-buahan.

p/s: sumber dr MW.. ‘SELAMAT BERDIET’ :)



█║▌│█│║▌║││█║▌│║▌║
✔ ORIGINAL PROFILE ®

ℒℴvℯ,
( MISS FAYUMI ) ✿

Sunday 4 November 2012

Asal orang kampung

Sebelom ni miss ada bagitau nak praktis cakap perkataan blah utara kan. Ha…dalam pada dok bace²  tu, ada la jugak perkataan yang miss dah hafal n telah di guna pakai…hehehe…


Jadinya, untuk nampak adil dan saksama (kononnya), harini miss nak buh perkataan² blah selatan lak.. Especially johor..Orang johor mesti tau punya la..! :)

Tapi kan…Syuutttttt…ada jugak yang sesetengahnya tu miss sendiri pun tak penah dengar..keh3..

Jom bace:

Roti perata = Roti canai
Epok-epok = Karipap
Gebor = Selimut
Gobok = Almari
Sepatu = Kasut
Selipor = Selipar
Alih-alih = Tiba-tiba
Jajan = Makanan ringan
Gostan = Reverse
Lonceeng = loceng
Nijam = Sekarang
Kawan = Saya
Katop = Tutup
Saing = Bersama
Endut/Berendut = Berpasangan/dating
Pebenda = bertanya
Semangke = tembikai
Engkoo = kau
Paso = pasar
Menonong = melulu
Jempot-jempot = cekodok/cucur
Kang/ karang = Sekejap lagi
Tegak = lurus
Lece = alas tilam..
Sarap = sarapan..
Dedes = hiris..
Dedor = panas mcm nak demam..
Bengal = sakit kepala@pening..
Bingai = bodoh..
Surat kabo = surat khabar..
Camce = sudu kecil..
Siot = seakan sial..
Singai = mcm sengal gak la..
Bengap = bongok..
Pe'el = perangai..
Selenge = skema
Pijor = kebas..
Sangap = menguap..
Gerek = gempak

Godak = kacau

p/s: sumber dr ‘Orang Kampung’!



█║▌│█│║▌║││█║▌│║▌║
✔ ORIGINAL PROFILE ®

ℒℴvℯ ,
( MISS FAYUMI ) ✿