|
penah nengok tak babak ni... |
|
|
|
|
|
versi kartun.. |
Ha..penah tak nengok cite kartun spongebob squarepants?
Mesti penah kan… elele..tak kan lah tak penah..nampak beno nipunya..hehehe..
Bukan nak cite pasal spongebob ni. Tapi nak cite pasal hantu
lanun dalam cite tu..’The Flying Dutchman’. Mulanya miss ingatkan ni salah satu
watak dalam cite spongebob ni je. Rupa-rupanya ni salah satu fakta dan cite ni
femes gak tau. Aishhhh..kena banyakkan membaca lagi ni.. :P
Okeh, ni antara yang terdapat dalam artikal yang miss bace
tu:
|
the flying dutchman |
“ The
Flying Dutchman – di miliki oleh seorang kapten yg bernama Kapten Falkenburg.
Kapten ini telah menggadaikan rohnya kepada syaitan dan telah di sumpah
bersama-sama anak kapalnya menjadi jasad hidup dan belayar di tujuh lautan buat
selamanya. Lautan itu ialah Laut Caribbean, Laut Jepun, Teluk Mexico, Laut
Mediterranean, Laut Bering (di lautan pasifik), Laut China Selatan dan Laut
Hitam.
Mengikut
catatan seorang nakhoda kapal, The Flying Dutchman sering dilihat di perairan
Cape of Good Hope, Afrika. Malahan,untuk mengukuhkan lagi hujah bahawa kapal
ini bukanlah hanya legenda dan rekaan, banyak saksi yang mengaku telah melihat
kapal berhantu ini.
|
gambar kepala kapal |
Pada
tahun 1939,kapal ni dilihat di Muizenberg, Afrika Selatan. Pada tahun 1941
sekelompok orang di pantai Glencairn menyaksikan kapal belayar yang tiba-tiba
hilang seolah-olah melanggar batu karang. Pada tahun 1942, kemunculannya
dilihat oleh anak-anak kapal tentera laut, M.H.S Jubilee berhampiran dengan
Cape Town, Afrika Selatan.
Kisah dan
misteri mengenai kapal hantu The Flying Dutchman ini merupakan satu dari kisah
yang sangat terkenal di seluruh dunia. Sebenarnya kapal berhantu ini bukanlah
sebuah cerita dongeng kerana dari segi faktanya kewujudan kapal ini adalah
benar dan di sahkan kelasi kapal yang pernah merentasi tujuh lautan tersebut!”
p/s: Ahaaa…berhati-hati ye para kelasi sume… ~
█║▌│█│║▌║││█║▌│║▌║
✔ ORIGINAL PROFILE ®
ℒℴvℯ ,
( MISS FAYUMI ) ✿