Rasa bila diri di cintai dan menyintai mesti syok kan.. Masa tu semuanya indah.. Tapi macam mana pulak kalau kita putus cinta..? Ada beberapa fasa yang biasanya akn kita lalui..fasa2 ini tidak semuanya tepat,bergantung pada individu itu sendiri..
Tapi pada miss,ramai jugak kot yang biasanya melepasi fasa2 ni..
Fasa menangisi diri.
Ini saatnya bila anda merasakan anda lelaki/wanita paling malang di dunia,bahawa cinta tidak pernah datang ke dalam hidup anda atau begitu susah untuk anda menemui cinta itu. Dalam fasa ini anda akan jadi puitis dan sering kali bersajak atau bermadah. Atau sukakan semua artikel bertopikkan putus cinta atau jodoh. Ini saatnya apa saja yang berlaku di sekeliling anda akan membuat anda sayu,hatta melihat dua ekor burung merpati terbang bersama sekalipun.
Fasa penafian.
Fasa penafian ialah apabila anda menafikan bahawa anda masih bersedih. Anda akan terus cuba meyakinkan orang sekeliling bahawa anda baik saja dan semua yang telah berlaku hanyalah satu kenangan dalam hidup dan anda telah maju ke hadapan. Anda seorang saja yang akan percaya kata-kata anda kerana bagi semua orang, percubaan anda untuk meyakinkan mereka dengan wajah bersahaja dan usaha menggunakan ayat seperti 'Aku dah x kisah. Lantak dia lah. Aku ada hidup aku,dia ada hidup dia' merupakan satu percubaan yang terdesak.
Fasa rebound.
Ada orang yang mengalami fasa ini dengan berkenalan dan berkawan dengan lelaki/wanita lain,dan agak terburu-buru mengubah status facebook daripada 'single' kepada 'in a relationship'. Status ini biasanya hanya akan bertahan paling lama enam bulan sahaja dan semua orang pun boleh mengagaknya kerana semua orang tahu anda tidak mencintai lelaki/wanita baru itu,dan anda hanya melakukannya untuk tidak rasa kalah dalam perlumbaan tidak bernama untuk lebih bahagian ini. Namun ada juga yang melalui fasa ini tanpa mencari teman baru. Mereka melaluinya engan tiba-tiba sahaja mempunyai ramai kawan lelaki/wanita lain walhal selama ini bercakap dengan lelaki/wanita juga payah.
Fasa membenci.
Fasa ini muncul serentak,sebelum atau selepas fasa penafian. Anda akan membenci lelaki/wanita ini dengan tahap yang dasyat. Anda tidak mahu mendengar namanya,mendengar lagu atau menonton apa sahaja yang mengingatkan anda akan dia. Anda akan membuang semua emelnya,dah membakar semua gambar atau pemberiannya. Anda juga mungkin membenci teman lelaki/wanita barunya dan mencari salah temannya itu sekalipun anda tidak pernah bersua muka dengannya.
Fasa perubahan.
Fasa ini merupakan fasa di mana anda tiba-tiba saja mahu mengubah semuanya. Anda memotong rambut, mengubah penampilan agar kelihatan lebih menarik, menukar kerjaya atau menukar nombor telefon. Anda memberi alasan bahawa anda ingin memulakan hidup baru, namun semua orang juga tahu bahawa itu cara untuk anda menunjukkan kepada lelaki/wanita yang meninggalkan anda bahawa dia terlepas sesuatu yang istimewa.
Fasa mengelak.
Dalam fasa ini, anda akan berusaha untuk tidak bertemu dengannya dalam apa cara pun. Jika ini bermakna anda harus berhenti kerja, berhenti membeli-belah di kedai kegemaran anda berdua,atau berhenti menonton wayang, anda akan lakukannya. Pada waktu ini, peta hidup anda amat kecil dan anda akan mengalami klaustrofobia akibat terlalu banyak tempat yang anda tidak mahu pergi agar tidak bertembung dengannya. Setiap kali anda terasa anda akan terserempak dengannya, hati anda akan berdebar dan jantung anda rasa macam nak pecah.
█║▌│█│║▌║││█║▌│║▌║
✔ ORIGINAL PROFILE ®
ℒℴvℯ ,
( MISS FAYUMI ) ✿
✔ ORIGINAL PROFILE ®
ℒℴvℯ ,
( MISS FAYUMI ) ✿
0 comments:
Post a Comment