CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Assalamualaikum..hi kengkawan..gurlz n boyz..
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog miss.. 'miss fayumi' di reka untuk miss kongsikan segala macam story yang boleh di kongsi bersama. Saje je...suke-suke.. Sharing is Caring kan..^^,

Thursday, 28 February 2013

Masker semulajadi

Ramai gugulz yg nak cantik kan.. sape yg xnak.. Bila rase nak cantik ni,mula la macam2 nak di cubanye..pantang ade produk baru kat pasaran,mesti nak cube.. boleh,tp jangan sampai memudaratkan tau..
miss suka yang simple2 je.. paling penting cuci muke..ha.. biar semua kotoran hilang,muka pun akn sentiasa segar.. bagi mereka yang rajin,bolehlah mengamalkan pemakaian masker seminggu sekali..rase tau bezanya bila pakai masker ni..hehe.. :)

Siapa cakap nak cantik ni memerlukan kos yg tinggi? barang-barang yg ada kat dapur tu pun boleh digunakan untuk mencantikkan muka.. x caya? meh kita tengok kat bawah ni..

Masker Putih Telur



Khasiat putih telur dipercayai dapat membantu menyerap lebihan minyak pada wajah. Masker ini sangat sesuai untuk korang yang memiliki kulit berminyak. Selain itu, masker ini juga mampu mencerah dan menegangkan kulit wajah.

cara penyediaan:
1. Asingkan putih telur dari kuning telur
2. Kocak sehingga berbuih
3. Pastikan buihnya pekat dan padat
4. Sapukan masker ini pada wajah. Biarkan seketika sehingga masker ini kering dan kulit menegang.
p/s: usah bercakap atau ketawa sewaktu memakai masker ini.

Masker Timun



Timun mempunyai khasiat untuk menyejuk dan menyamankan. Kandungan air yang ada di dalamnya membuatkan timun sering menjadi pilihan wanita khususnya untuk menyegarkan bahagian mata. Ia juga menyegarkan kulit wajah yang sudah terlalu letih akibat bekerja seharian.

cara penyediaan:
1. Kupas timun, belah menjadi dua bahagian dan cincang kecil-kecil.
2. Campur timun dengan satu cawan oat di dalam sebuah mangkuk. Oat berfungsi untuk membantu mengelupas lapisan kulit mati sedangkan timun pula berkhasiat untuk melembut dan memberikan vitamin serta mineral untuk kulit wajah.
3. Tambahkan satu sudu yogurt ke dalam campuran timun dan oat tadi. Yogurt pula bagus untuk membantu menyerap lebihan minyak pada kulit wajah.
4. Sapukan campuran tersebut pada wajah dan biarkan selama 30minit.
5. Selepas itu, bilas masker tersebut dan keringkan wajah dengan tuala bersih. Tidak perlu mencuci wajah dengan pencuci wajah selepas itu.
p/s: jika ada lebihan, simpan di dalam peti sejuk kerana ia mampu bertahan selama satu minggu.

Masker Tomato

Khasiat masker tomato diyakini berkesan untuk menghalus, menggebu, dan mencerahkan wajah. Amalkan seminggu sekali untuk kesan yang memberangsangkan.

cara penyediaan:
1. Belah tomato menjadi dua. Sebiji sudah memadai.
2. Parut sehingga hancur.
3. Ambil dua sudu susu tepung dan gaulkan dengan parutan tomato tadi.
4. Setelah itu, sapukan pada muka sehingga rata.
5. Biarkan selama 15-20minit. Cuci seperti biasa.
p/s: sapukan masker tomato menggunakan berus untuk kesan sapuan yang lebih rata

sumber:rapi


█║▌│█│║▌║││█║▌│║▌║
✔ ORIGINAL PROFILE ®

ℒℴvℯ ,
( MISS FAYUMI ) ✿