CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Assalamualaikum..hi kengkawan..gurlz n boyz..
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog miss.. 'miss fayumi' di reka untuk miss kongsikan segala macam story yang boleh di kongsi bersama. Saje je...suke-suke.. Sharing is Caring kan..^^,

Tuesday, 6 November 2012

Nak Diet?

Diet.. Diet.. Diet.. Sume orang pun nak diet. Miss pun nak diet. Mengamalkan diet ni sebenarnye bagus untuk kesihatan tubuh badan kita & jugak untuk dapatkan bentuk badan yang ideal.. Sebab tu la amalan diet ni bukan khusus untuk orang yang berbadan besar je..


Bercakap pasal diet,orang akan ingat pasal makan!.(selain dari senaman laa…) haa…betol kan. Contol makan/ pilih jenis makanan/ makan apa yang perlu/ waktu untuk makan. Sume-sume tu kite boleh buat. Tapi,untuk kekalkan boleh ke? Boleh ke kite buat secara konsisten?

Miss memang susah nak buat secara konsisten. Jadi miss selalu cari tip untuk terus lakukan. Tak nak lah buat separuh jalan kan. Nanti nak mulakan balik dah rasa malas la pulak…hehehehe…;p

Bace punye bace punye bace….dapat la beberapa tip..wow!! hihi..tapi leh ke follow..ha,ce amik mase sikit tuk bace ni..

Tip Mudah Jayakan Program Diet

Jika anda antara yang baru memulakan program diet, berikut disertakan beberapa tip untuk anda memastikan anda tetap konsisten menjalani program diet.

~ Tuliskan sebab mengapa anda ingin menurunkan berat badan. Fikirkan setiap keuntungan yang bakal anda perolehi dengan menurunkan berat badan. Bukan hanya membantu memotivasikan anda untuk memulakannya, tetapi ia juga membantu anda untuk terus bertahan.
~ Buat target yang tidak terlalu sukar dan terukur. Contohnya, dalam seminggu perlu bersenam 3 kali.
~ Fikirkan juga kemungkinan terdapat halangan yang di hadapi beserta cara untuk mengatasi. Contohnya, anda mungkin perlu menghadiri sebuah majlis yang diikuti acara makan-makan. Dengan bersiap sedia seperti ini, anda akan lebih mudah menghadapinya.
~ Beritahu kepada orang yang terdekat yang boleh menyokong anda. Biar mereka tahu anda sedang dalam usaha menurunkan berat badan dan jangan malu-malu untuk minta mereka menasihatkan anda.
~ Bersihkan daput terutama stok-stok makanan yang sering membuat anda tergoda untuk makan dengan lebih banyak. Gantikanlah dengan kudap-kudapan yang menyihatkan, serta simpan lebih banyak stok buah-buahan.

p/s: sumber dr MW.. ‘SELAMAT BERDIET’ :)



█║▌│█│║▌║││█║▌│║▌║
✔ ORIGINAL PROFILE ®

ℒℴvℯ,
( MISS FAYUMI ) ✿

0 comments:

Post a Comment