CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Assalamualaikum..hi kengkawan..gurlz n boyz..
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog miss.. 'miss fayumi' di reka untuk miss kongsikan segala macam story yang boleh di kongsi bersama. Saje je...suke-suke.. Sharing is Caring kan..^^,

Monday, 19 November 2012

Teh Tarik vs Teh O

Mamak! Teh tarik satu……!

Siapp….!

Hamboooiiii…tu die..skali order habis tak ingat la…hehe..sedap la katakan..tapi yang sedap ni la yang biasenye bawak penyakit kan..haa…hokey la..kasi tukar la…

Mamak! Teh tarik kurang manis satu…!

Hehehe…kurang manis,kurang la sikit punca penyakitnye…ye ke? kena la nengok plak dari segi khasiatnye..nak tau ke..?

pakej yg sgt2 sempurna utk teh tarik...:)
“Teh  tarik, atau biasa disebut  teh susu oleh kebanyakan orang sememangnya enak sekali. Rasanya lemak-lemak manis, pasti membuatkan anda puas menikmati minuman ini. Kebetulannya, teh sering dikaitkan sebagai sahabat yang baik bagi mereka yang sedang menjalani proses penurunan berat badan. Sayangnya, khasiat daripada teh ini ‘tercemar’ dengan kehadiran susu.
Kajian mendapati bahawa teh mengandungi sebatian tinggi yang membantu mengurangi jumlah lemak yang diserap oleh usus,ditambah lagi ia mampu mengurangkan kolestrol. Namun, protein yang terdapat di dalam susu akan meneutralkan kemampuan sebatian tersebut sehingga ia tidak mampu menjalankan fungsi sebenarnya lagi.
Kajian terbaru menunjukkan bahawa sebatian yang dikenali theaflavin dan thearubigins boleh membantu mencegah obesity apabila diberikan kepada tikus makmal. Dr.Devajit Borthakur, pakar Persatuan Kajian Teh, India, berkata, teh yang ditambah susu menyebabkan kedua-dua zat sebatian theaflavin dan thearubigins berinteraksi dengan protein yang terdapat pada susu, menyebabka is mengendap.
Ini bermakna anda tidak akan mendapat sebarang manfaat kesihatan dengan meminum teh susu, berbanding minum teh kosong.”

>> Teh O vs Teh Tarik…yg mane satu pilihan korang…;p



█║▌│█│║▌║││█║▌│║▌║
✔ ORIGINAL PROFILE ®

ℒℴvℯ ,
( MISS FAYUMI ) ✿

0 comments:

Post a Comment